Tasawuf dan Tarekat Sejarah Perkembangan dan Alirannya di Malaysia (UUM) by Mohd. Faizal Harun ( Author )
Buku ini cuba mengupas persoalan mengenai kedudukan dan perkembangan tasawuf dan tarekat di Tanah Melayu/Malaysia. Tasawuf dan tarekat kini seolah-olah dilihat sebagai sesuatu yang terasing dalam Islam oleh sesetengah pihak. Justeru, melalui buku ini persoalan mengenai tasawuf dan tarekat dibincangkan secara agak menyeluruh berkaitan dengan peristilahan tasawuf dan tarekat serta sejarahnya yang bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW, kemudian pada zaman sahabat sehinggalah ke zaman seterusnya. Penulis juga melihat dari aspek kedatangan Islam di Alam Melayu dari sudut peranan golongan sufi dan tarekat. Dalam kajian ini, penulis turut menyentuh secara spesifik tentang kepelbagaian organisasi tarekat yang ada di Malaysia bagi menilai sejauh mana kedudukannya di persada masyarakat serta sumbangan kelompok sufi terhadap pembangunan negara. Secara umumnya penulisan buku ini lebih kepada sejarah dan tradisi kesufian yang terdapat di Malaysia yang penulis anggap sebagai kurang disoroti oleh pengkaji secara amnya. Semoga buku ini dapat memberikan maklumat dan panduan tambahan tentang keberadaan tasawuf dan tarekat di Malaysia, khususnya dari sudut perkembangan dan alirannya.
UUM Press
2015-02-22
9789670876078
Religion & Spirituality Islamic and Al-Quran
eBook
epub
File Size 1,846.96 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.