Antaramuka Perkakasan-Perisian: Arduino Asas Sehingga Lanjutan by Ahmad Zamzuri Mohamad Ali ( Author )
, Abu Bakar Ibrahim ( Author )
Buku Antaramuka Perkakasan-Perisian: Arduino Asas Sehingga Lanjutan merupakan sebuah buku yang menterjemahkan hasil penyelidikan, pengalaman mengajar serta kajian literatur menjadi suatu panduan sistematik bagi pelajar dalam membina kemahiran asas dan pertengahan terhadap pengantaramukaan perkakasan-perisian. Dalam era revolusi industri semasa, aspek pengautomasian produksi mendominasi kebanyakan industri pengeluaran. Sehubungan itu, bidang pengantaramukaan perkakasan-perisian telah menjadi suatu komponen ilmu yang sangat penting untuk diterokai. Kemahiran ini adalah keperluan mendesak negara bagi menempuh cabaran menjadi negara pengeluar di masa hadapan. Sebagai persediaan, bidang pengantaramukaan perkakasan-perisian telah mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah lagi. Kurangnya bahan-bahan rujukan yang membincangkan topik ini secara sistematik dan menyeluruh, khususnya bagi pelajar novis merupakan suatu kekangan. Hadirnya buku ini dengan penulisan dalam bahasa Melayu akan dapat membantu mengatasi kekurangan ini. Dengan itu, buku ini harus dimiliki oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan lagi pemahaman dan kemahiran terhadap bidang pengantaramukaan perkakasan-perisian.
Penerbit UPSI
2021-01-01
978-967-2908-53-1
Computers & Technology Reference
eBook
pdf
File Size 14,804.23 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.