RAYYAN by DALILA ZAMRI ( Author )
Rayyan, Alia dan Joshua. 3 nama yang terikat dalam tali persahabatan. Dari usia kanak-kanak yang hanya memikirkan keseronokan, sehinggalah memahami makna kehidupan, mereka harunginya bersama dengan penuh erti kematangan. “Awak nak saya buat macam mana? Keluarga saya tak boleh nak bagi restu lagi. Awak ingat saya suka-suka nak mainkan perasaan awak. Bagilah saya masa.” –Joshua Terjebak dalam percintaan yang tidak mampu dielakkan membuatkan hati Alia terluka. Desakan ayah yang tidak mahu memberikan restu dan bonda Joshua yang tidak rela anaknya bertukar agama membuatkan Alia terpaksa memberi kata dua. Rayyan yang sekian lama mencintai Alia rasa dikhianati lalu pergi membawa diri bersama alasan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. “Marriage is all about life-long commitments, spiritual union, acceptance, tolerance and when two become one, the bond is like no other. It’s not about just an intense romance. Kalau kita tenggelam dalam evolusi perasaan, lama-lama rasa itu akan cepat pudar.”-Atikah “Kata Ibnu Qayyim, cinta akan hilang bersama hilangnya sebab. Maka, cintailah seseorang kerana agamanya. Nescaya, semakin tinggi agamanya, semakin bersemarak cinta terhadapnya. Cinta yang sebenar-benarnya cinta, datang sendiri tanpa dipaksa-paksa. Datang pada waktu diri kita sudah betul-betul bersedia. Nak berkongsi rasa. Nak bertanggungjawab dengan perasaan kita. Paling utama, pada aku, cinta juga adalah mengharapkan seseorang yang kita cintai menjadi milik kita. Mencintai dan dicintai”- Rayyan “Rayyan, kalau aku berikan kau peluang untuk kita saling membahagiakan, kau setuju?”-Alia Alia tahu Rayyan yang dahulu pasti tidak sama dengan yang sekarang. Dia pernah bertunang sebelum bertemu kembali dengan Alia. Namun apakah masih ada sisa cinta di hati Rayyan untuk dicurahkan kepadanya? Kali ini dia pasti, biar apapun yang jadi, dia percaya segalanya berlaku SEIRING TAKDIR TUHAN.
ILHAM SANTAI ENTERPRISE
2022-01-15
978-967-2809-14-2
Romance
eBook
pdf
File Size 1,971.18 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.