RIZAL HUZAIRI by NORSHIEMAH MD YASAN ( Author )
Rizal Huzairi a.k.a Ejal hidupnya mula tunggang-langgang apabila Leman Gebang pulang semula ke kampung. Hatinya bagai ditikam bertubi-tubi apabila Leman Gebang dengan bangga mahu masuk meminang Shida, tunangnya yang paling dia sayang dan cinta. “Apa yang aku dengar, Leman sekarang dah kaya. Mak aku selaku juara wartawan kampung mengatakan yang Leman balik kampung bawa kereta BMW. Dia dah kaya….” PIYEN Macam mana Ejal tidak keruan kalau tunang sendiri kena usya dengan musuh ketat. Leman Gebang ada kereta BMW, dia apa ada. Risau juga kalau Shida berpaling cinta. Namun itu tidak memberi ruang untuk Ejal mengalah. Untungnya dia Shida langsung tidak layan kerenah Leman Gebang. Cinta Shida buat Ejal seorang. Akan tetapi, hati Shida pun terumbang-ambing juga apabila Hasniza pula yang suka dengan Ejal. Walhal, semasa sekolah Hasniza bukan main benci lagi. Bila Ejal sudah jadi tauke sos cap Pokok Kelapa, masa itu baru terhegeh-hegeh. Kemudian, masing-masing mula sepakat. “Shida takkan terima abang Leman tu. Abang percayalah cakap Shida. Abang sepuluh kali lagi hebat daripada dia. Abang, masih ramai lagi anak dara kampung ni yang boleh dia tackle. Ha, susah sangat kita ‘lagakan’ dia dengan Hasniza tu,” - SHIDA Semakin kuat cinta Ejal terhadap Shida, semakin kerap dia diganggu Hasniza. “Tapi Niza yang nampak dulu, kan? Itu tanda kita kena kahwin,” - HASNIZA Ejal tersekat kepada cinta Shida dan Hasniza. Susah betul jadi hero kampung ni. Hai, macam mana Ejal mahu melepaskan diri daripada Leman Gebang dan Hasniza? Apakah cinta Shida pula yang berpaling tadah? Agaknya, siapa jodoh Ejal?
ILHAM SANTAI ENTERPRISE
2022-01-15
978-967-2809-12-8
Romance
eBook
pdf
File Size 1,274.77 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.