Adel... I Love You by Dhiyana ( Author )
BLURB: Apabila dua pasang mata saling bertentangan, dua ulas bibir saling bertukar senyuman. Tanpa sedar, Adelia Zahra memuji akan aset utama yang menjadi tarikan Firas Mikhail, si duda beranak dua. Redupan pandangan mata yang dimiliki oleh Firas selalu saja mengusik hati kecilnya. Disangka Firas si duda beranak dua, tetapi rupa-rupanya masih lagi bergelar jejaka. Hubungan baik Firas dengan Tok Embun dan Tok Wan Hassan membuatkan Adel dan Firas kerap kali bersua muka. Bibit perkenalan mesra mula tercipta. Tanpa disedari kedua-duanya, kemesraan itu membuatkan hati mereka berdua terusik oleh sesuatu. Permintaan keluarga tidak dihampakan. Firas mengikat tali pertunangan dengan Qisya, wanita yang dikenalinya selama bertahun-tahun. Hatinya pasrah. Dia menyangka Qisya adalah kebahagiaan yang diimpikan selama ini, tetapi rupa-rupanya hanyalah sementara. Hancur berderai kepercayaan dan juga kesetiaan apabila dia diduga dengan kecurangan Qisya. Saat hatinya terluka, Adel sentiasa ada di sisi sebagai penawar duka. “Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya.” – Firas “Saya akan sentiasa ada di sisi awak, Firas.” – Adel Apabila hati semakin membentak untuk berkongsi rasa dan juga merasai nikmatnya bahagia, Firas dan Adel sama-sama mengakui rasa hati. Hati yang semakin gembur dengan perasaan indah, dibajai lagi dengan kenikmatan ertinya bahagia. Namun, kebahagiaan mereka berdua direntap apabila Qisya menuntut Firas menunaikan janji akan sebuah perkahwinan. Saat Firas ingin melepaskan segala-gala yang terbuku dalam hati, permintaan ayahnya membuatkan dia tersepit. Atas desakan Qisya, dan juga dendam kesumat yang lama terpendam, tegakah Firas membiarkan Adel menjadi mangsa? Benarkah bahagia yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa sememangnya milik mereka berdua? Jika ya, dia akan terus bertahan selagi ada asa dan selagi ada helaan nafas.
Love Novel Publishing
2017-05-30
978-967-0907-57-4
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
577
19 x 12 x 4 CM
10
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.