Bila Aku Bukan Dia by Shima Awang ( Author )
BLURB: Nailah dan Anuar berkahwin atas pilihan keluarga. Dua tahun perkahwinan, Anuar melayannya dengan baik. Tapi Nailah tidak pernah rasa bahagia. Dua kawan baik mereka, Firdaus dan Wafa selalu sahaja menjadi orang ketiga merebut perhatian Anuar, sampaikan Nailah rimas. “Sampai bila kita nak macam ni, awak?” - Nailah. “Sorry, saya janji selepas ini masa saya untuk sayang, berdua.” - Anuar. Buat seketika, Nailah terasa bahagia. Tapi apabila rahsia sebenar Anuar terbongkar, Nailah kecewa yang tidak terhingga. Rahsia apa? Hanya Nailah dan Anuar saja yang tahu. Muncul pula Nik Zayan menjadi penyelamat Nailah. Dia ikhlas membantu dan menolong Nailah melalui hari-hari sukarnya. “Pertama kali saya lihat awak, saya dah jatuh hati. Tapi kerana awak isteri orang, saya simpan ketat perasaan cinta itu dalam hati.” - Nik Zayan. Nailah bertekad meminta cerai. Skandalnya ditularkan. Sayang dan cintanya telah mati buat suaminya. “Kali ini aku akan rampas Anuar daripada kau. Biar kau rasa apa yang aku rasa dulu.” – Wafa. Akhirnya Anuar dan Nailah berpisah talak tiga. “Encik Nik, saya ni janda. Lagipun saya dah serik berkahwin. Lebih baik Encik Nik pilih gadis lain.” - Nailah. Luahan Nik Zayan, CEO syarikatnya ditolak tanpa fikir panjang. Bagi Nailah, lebih baik sendiri daripada berdua. Dia serik. Tapi bagi Nik Zayan, tidak mungkin dia melepaskan cinta pertama yang bertapak dalam hati. Lagipun ada janji perlu ditepati. Tapi janji apa? Dan berjayakah Nik Zayan memikat Nailah?
Love Novel Publishing
2023-04-30
978-629-7553-07-8
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
488
19 x 12 x 4 CM
10
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.