Novel Seram : BERTEMAN ROH | Penerbit: Karya Publika by Mohd Fatrim Shah ( Author )
Synopsis Ryzal hanya mampu memerhati Suraya. Kerana dia Suraya terlantar begitu. Ryzal tahu dia tak mampu lakukan apa-apa. Ryzal juga sering memerhati Maisera dan melihat keadaannya. Walaupun Maseira cedera lebih teruk daripada Suraya tapi Ryzal bergantung harap pada kesembuhan Suraya. Hanya Suraya yang boleh membantu dirinya. Hanya Suraya yang boleh melihat dirinya. Hanya Suraya yang boleh menemukan mayatnya. Bagaimana dan kenapa Ryzal sendiri tidak tahu. Dia bergantung harap pada Suraya. “Suraya, sedarlah cepat Suraya. Tolong aku Suraya.” Ryzal memandang Suraya yang dipakaikan alat bantuan pernafasan. “Sudahlah Weeda. Insya Allah Suraya tak apa-apa.” Rauf menenangkan Weeda. Dia tahu Weeda sedih melihat keadaan Suraya begitu. Weeda memandang Rauf. “Apa kata doktor? Bila Suraya akan sedar?” tanya Weeda pada Rauf di sebelahnya. “Weeda, doktor bukan Tuhan. Doktor boleh kata apa saja. Kita berdoalah pada Tuhan supaya Suraya cepat sedar.” Rauf menjawab sambil menenangkan Weeda. Hampir setengah jam berada di situ, kemudiannya Weeda dan Rauf keluar. Hanya Ryzal berada di situ. Ryzal cuba memegang tangan Suraya walaupun semuanya tidak mungkin. Ketakutan mula bersarang kembali. Ryzal takut jika Suraya berseorangan begitu kerana mungkin orang yang cuba membunuh Suraya akan datang kembali.
KARYA PUBLIKA
2020-01-01
978-967-17244-5-3
Literature & Fiction Mystery, Thriller & Suspense
Hardcopy
2 KG
356
4 x 15 x 21 CM
30
3 days
Bahasa Melayu
2024-10-02 to 2024-12-31
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.