Tuna Jurang Baya by Usako Princessz ( Author )
BLURB: Traumatik! Kemurungan! SARAH NUR ALYA hanyut dengan dunia ilusi yang sengaja direka. Lantaran gagal dalam menyempurnakan cinta pertamanya hingga ke jenjang pelamin, dia terus menghukum diri. Bukan hanya batin yang terseksa, malah wang simpanan turut tergadai sama. Demi memulihkan sakit emosi puteri kesayangan, ayahnya dakar membuat percaturan berani untuk menyatukan wanita itu dengan menantu pilihannya. Dia memberontak, namun tidak mampu melawan kuasa mutlak seorang wali mujbir. Jurang usia yang terlalu ketara itu semakin menambah luka dalam hati. “Saya tak faham! Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya? Awak tak rasa ralat kahwin dengan cikgu sendiri? Saya tak cintakan awak. Jurang baya kita terlalu besar!” ~ Sarah Nurani lelaki ANZEN WAQIUDDIN tersentuh. Kehadiran dirinya tidak dihargai, namun dia tetap bertahan. Hati Sarah tidak jemu untuk terus dipujuk. “Allahumma ya baari' cikgu... Dia yang Maha Mengatur. Allahummaa ya wadud... ya wadud.” ~ Anzen Sarah terpanar. Kalamullah dan nama-nama Tuhan yang membarisi bibir lelaki muda itu menyentak nubari. Hatinya menangis. Pujukan demi pujukan lelaki itu berjaya meruntuhkan tembok keras dan ilusi hati yang dibuat-buat. Sarah mula membuka hati. Namun, badai terus melanda kapal yang baru mahu berlabuh. Mereka diuji lagi. Kad ATM yang diamanahkan oleh ayah mentuanya menimbul curiga dalam hati Sarah. Hati wanita itu mengeras kembali. Anzen yang tersepit dengan hutang-hutang yang perlu dilangsaikan dirasakan hanya bernikah demi mendapatkan sejumlah ganjaran. Sarah mengamuk teruk. Ego lelaki Anzen sengaja dicabar sehingga... “Hinanya saya ni. Orang macam saya ni awak panggil syaitan ya? Keterlaluan! Awak tak suka saya, kan? Baik, saya keluar.” ~ Anzen. Anzen akhirnya terpukul. Apabila sabar yang semakin menipis, mampukah ikatan suci yang dibina terus kekal seperti yang diharapkan? Atau, takdir akhirnya membenarkan jodoh salah alamat seperti yang ditebak?
Love Novel Publishing
2024-02-15
978-629-7553-23-8
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
544
19 x 12 x 4 CM
10
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.