AKU YANG KAU MAHU
by
CIK TET
( Author )
Kecewa dan sakit hati akibat kehilangan kawan baiknya, Dian Safiyah bertekad untuk membalas dendam. Dia takkan biarkan lelaki yang dah hancurkan hidup kawan baiknya itu bahagia.
Di majlis pernikahan Zabar, Dian buat perangai. Tolak tępi rasa malu, penderitaan serta kematian Salina harus terbalas. Bagi Dian, Zabar tak layak untuk hidup bahagia dengan mana mana perempuan.
"Sampai hati awak buat saya macam ni, sayang. Awak cakap awak sayangkan saya separuh mati, tapi kenapa awak mesti nak kahwn dengan orang lain? Awak kejam, sayang!" -Dian Safiyah
Lakonannya mantap. Sehingga si dia kaku dan kelu untuk membalas. Duduk pun serba tak kena. Kena serang dengan tiba tiba, siapa yang tidak terkejut?
Namun lain pula yang jadi. Tanpa Dian sedar, dia telah tersalah sasaran. Orang lain yang buat perangai, orang lain pula yang kena maki dengan dia.
"Cuba kau tengok betul betul, Dian. Dia duduk di kerusi saksi, bukannya di kerusi pengantin. Aku rasa kau dah tersalah orang ni, Dian,"-Wani
Kerana kesilapannya itu, hidup Dian mula tak aman. Kemunculan 'si dia' buat dia hampir gila.
"Salah ke kalau saya nak jumpa dengan isteri saya?"-Syaikhul Affandi
"Saya minta maaf, Boleh tak awak jangan ganggu hidup saya lagi?"-Dian Safiyah
"Sekali awak dah masuk dalam 'dunia' saya, jangan harap awak dapat lari daripada saya, sayang." - Syaikhul Affandi
Sudah puas mengelak, sudah puas menyorok, namum Syaikhul bagaikan bayang-bayang yang sentiasa mengekori setiap langkahnya.
"Jadi isteri saya, atar awak akan berdepan dengan peguam saya."-Syaikhul Affandi
Siberia kata dua, Dian hilang punca, Menurut bererti dia bersedia menadah. hati untuk terluka. Lebih lebih lagi bila dia tahu siapa pemuda itu sebenarnya. Buat apa nak kahwin jika dia bakal diceraikan nanti?" Dia takkan kekal sebagai isteri Syaikhul. Tapi.. mampukah dia untuk menolak?