CALON MENANTU CIKGU HAWA
by
AZIMAH LILY
( Author )
Kedatangan Tok Ma Midah yang membawa hajat membuatkan hidup Talia
kucar-kacir. Di usia yang muda ini, Talia tak pernah terfikir untuk berkahwin lebih-lebih lagi
Talia masih mencari pekerjaan selepas tamat belajar. Ibu bapa Talia menentang keras hajat
neneknya.
“Patutnya mama bincang dulu dengan kami. Ini tak, mama sesuka hati saja setuju
bagi pihak Talia.” – ENCIK WAHID
“Mama, soal kahwin ni perkara serius. Talia muda lagi. Baru jer habis belajar….
Kerja pun belum lagi.” – PUAN ETON
“ Talia cucu aku. Dah tentu aku nak yang terbaik untuk Talia. Lagipun bukan Talia
seorang saja calon isteri untuk Amir. Ada dua orang lagi calon isteri untuk Amir.” – TOK
MA MIDAH
Walaupun ditentang keras oleh Encik Wahid dan Puan Eton, Tok Ma Midah tetap tak
berganjak dari keputusan. Talia serba salah dan tersepit antara dua pihak. Dalam masa yang
sama, Talia tak mahu ibu bapanya bergaduh besar dengan neneknya disebabkan dirinya.
Akhirnya, Talia setuju untuk elakkan perbalahan dalam keluarganya berterusan.
Talia menceritakan masalahnya pada dua orang rakan baiknya, Mona dan Meera.
Hakikatnya, Talia tak bersedia untuk berkahwin malah Talia ada impian yang ingin dikecapi
sebelum fikirkan kehidupan berumahtangga.
“ Weiii…. Aku dah dapat idea, confirm mesti Cikgu Hawa takkan pilih kau jadi
menantu.” – MEERA
“Kau ni biar betul, Meera! Kalau family Cikgu Hawa tahu, nanti jadi masalah besar
pulak.” - MONA
Idea Meera disambut baik oleh Talia. Asalkan dirinya tak terpilih jadi menantu Cikgu
Hawa, Talia sanggup buat apa saja asalkan rancangannya berjaya walaupun Talia sedar
risikonya jika keluarga Talia tahu.
Tibanya Talia di rumah Cikgu Hawa, Talia mulakan rancangannya. Talia berkenalan
juga dengan dua orang calon lagi bernama Sakinah dan Mahfuzah. Sepanjang Talia tinggal di
situ, Cikgu Hawa kurang senang dengan kehadiran Talia.
“Abang nampak tadi kan, dia tak bersalam langsung dengan Hawa dan Aini. Tak ada
adab langsung. Dia dengan Sakinah jauh berbeza.” – CIKGU HAWA
“ Biar betul Talia tu anak Wahid. Wahid kan tegas orangnya. Mustahil Wahid biarkan
anaknya jadi macam tu….” – CIKGU DIN
Rancangan Talia mula menunjukkan hasil namun Talia tak dapat sembunyikan rasa
bersalahnya. Kepulangan Amir mula buat rancangan Talia bergelora lebih-lebih lagi Talia
pernah jumpa Amir sebelum ini. Talia berharap sangat Amir tidak mengenali dirinya.
“ Hi, saya Amir. Nice meeting you.” – AMIR
“ Matilah aku kali ini….” - TALIA
Layanan Amir pada Talia menyebabkan Sakinah mula cemburu. Timbul salah faham
sehingga menyebabkan Talia dihalau oleh Cikgu Hawa.
Apakah yang berlaku sebenarnya sehingga Talia dihalau Cikgu Hawa? Bagaimana
reaksi keluarga Talia selepas mendapat tahu hal sebenar yang berlaku sepanjang Talia tinggal
di rumah Cikgu Hawa? Adakah salahfaham antara Talia dan Cikgu Hawa terungkai akhirnya?
Siapa pilihan Amir untuk dijadikan isteri?