RIZQI (AKU TAK SEMPURNA)
by
AYRA ZAHRA
( Author )
Andai sebuah kesempurnaa menjadi dambaan , pasti seluruh jiwa akan terapung sulit. Sekiranya keredhaan yang di cari-cari maka keikhlasan akan tumbuh mekar tanpa di paksa. Begitulah alur hidup Iman Duran Dan Ziyad Rizqi..
Iman Durani mengimpikan sebuah perkahwinan bersama Mikhail, namun lelaki itu hilang tanpa jejak saat tiba hari bahagia mereka. Dia ditinggalkan terkontang-kanting. Cinta dikhianati. Kepercayaan musnah sama sekali.
“Apa salah Dura pada Mikhail?”- IMAN DURANI
Hidup Ziyad Rizqi tidak lagi indah dan kelam di saat sang isteri menemui Sang Pencipta. Pemergiaan Nurul Jannah meningggalkan luka malah dia merasa kelongsongan perasaan kosong. Benar. Rindu pada mereka yang telah tiada menyakitkan tetapi dia berusaha menerima takdir yang kini tidak berupaya diubah-ubah.
“Abang rindukan Nurul.”- ZIYAD RIZQI
Lukisan takdir dari atas langit menemukan Ziyad Rizqi dan Iman Durani. Di mata Ziyad. Susuk Durani seumpama lenturan misteri namun terbina dalam gegelung aneh. Sedikit demi sedikit taktha yang ditinggalakan oleh Nurul Jannah terisi dengan kehadiran Iman Durani.Dari figura seseorang yang menjadi penyelamat buat puteri, kini Durani mendukung rasa aneh dalam diri Ziyad.
“Straight to the point… Saya nak pergi ke langkah seterusnya. You and me together until Jannah.”- ZIYAD RIZQI
Kepulangan Mikhail membuatkan dunia Durani kembali kucar kacir. Lelaki itu kembali menuntut cinta yang ditinggalkan. Apatah lagi kini Mikhail sudah beristeri. Tidak mungkin dia sanggup memecahkan hati seorang wanita bergelar isteri. Maka Mikhail perlu dia jauhi.
Iman Durani
Antara cinta dan luka, ke mana hatinya pergi memburu demi kebahagiaan yang dicari-cari?