Kupilih Bahagia by Miss Noi ( Author )
BLURB: Arissa Hafiya telah kehilangan ibu sebaik sahaja dilahirkan. Dua bulan kemudian, ayahnya juga pergi menghadap Ilahi. Tinggallah dia bersama neneknya. Hidup serba kekurangan membuatkan dia menjadi gadis yang kuat dan matang daripada usia. Kemiskinan tidak menghalang Arissa untuk menggenggam segulung ijazah. Pelbagai peristiwa berlaku secara mendadak dalam hidupnya apabila dia dikahwinkan dengan seorang lelaki kaya dari Kuala Lumpur. Usia perkahwinannya tidak lama apabila sang suami dijemput Ilahi. Lebih malang lagi, nenek kesayangan meninggal pada hari yang sama. Akhirnya Arissa melangkah sendirian mencari bahagia. Perkenalan dengan Aryan membuka lembaran baharu dalam hidup Arissa. Aryan... lelaki itu juga punya kisah tersendiri, berliku juga sebagaimana Arissa walaupun hidup dalam dulang emas. “Awak kena buat pilihan.” - Arissa “Apa pilihan yang saya ada?” - Aryan “Macam kopi ni. Awak pilihlah. Nak masukkan gula atau cinta saya? Dua-dua pun manis.” - Arissa Masing-masing cuba menggapai bahagia. Namun… jalan menuju bahagia bukanlah semudah yang disangka. Ada harga yang perlu dibayar. Semahal mana pun harganya, mereka cuba harunginya. Namun, adakah bahagia itu milik mereka? Tak usah bicara tentang cinta, Kalau kau tak bersedia untuk kecewa, Bukan bererti cinta akhirnya derita, Cuma bahagia takkan hadir suka-suka.
Love Novel Publishing
2024-04-15
978-629-7553-25-2
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
472
19 x 12 x 4 CM
10
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.