Kimpalan Kacau Geseran Aloi Aluminium by Zainuddin Sajuri ( Author )
, Nor Fazilah Mohamad Selamat ( Author )
Kimpalan merupakan teknologi cantuman penting dalam industri pembuatan bagi penyambungan pelbagai bahan logam. Permintaan bagi penyambungan bahan logarn serupa atau tak serupa semakin tinggi dan mendorong pembangunan dan penggunaan teknologi cantuman baharu. Kimpalan kacau geseran (friction stir welding, FSW) adalah alternatif kepada kaedah kimpalan pelakuran lazim. FSW membolehkan bahan logam dikimpal dalam keadaan pepejal. Logam terkimpal yang nipis dan ringan seperti aloi aluminium amat diperlukan dalam industri pengangkutan bagi mengurangkan berat kenderaan. Namun, aloi aluminium nipis sukar dikimpal dengan kaedah FSW kerana haba berlebihan yang terhasil akan merosakkan permukaan sambungan di samping menurunkan kekuatan sambungan kerana perubahan mikrostruktur yang berlaku sewaktu proses kimpalan. Kekurangan ini dapat diatasi dengan mengaplikasi kaedah gelekan dan rawatan haba yang berkesan selepas proses cantuman. Buku ini bertujuan untuk berkongsi keberkesanan proses FSW dalam mengimpal aloi serupa dan tak serupa dan proses gelekan serta rawatan haba susulan untuk menipiskan sambungan terkimpal kepada ketebalan yang diinginkan. Kaedah cantuman FSW, dan rawatan haba pra- dan pascagelekan yang sesuai dapat meningkatkan sifat mekanik sambungan bahan logam.
Penerbit UKM
2023-01-17
978-967-251-870-9
Engineering & Transportation
epub
File Size 14,911.16 KB
Bahasa Melayu
RM 28.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.