Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah by Jins Shamsudin ( Author )
Dunia perfileman Melayu telah bermula pada tahun 1933 di Singapura dengan penayangan filem Laila Majnun. Sejak itu, filem Melayu mula mengambil alih peranan bangsawan sebagai medium budaya popular yang utama dalam kalangan masyarakat Melayu bandaran. Setelah terjejas akibat Perang Dunia Kedua, perusahaan filem Melayu berkembang dengan pesat pada dekad 1940-an hinggalah dekad 1960-an. Pada waktu tersebut, filem Melayu yang berpangkalan di Singapura didominasi oleh dua buah syarikat iaitu Shaw Brothers dan Cathay-Keris Films yang menerbitkan dan menayangkan filem untuk seluruh Tanah Melayu, selatan Thailand dan sesetengah tempat di Indonesia. Buku ini memuatkan analisis cerminan budaya, sosial dan sejarah yang terpancar daripada filem Melayu. Ditulis oleh seorang tokoh penting dalam sejarah perfileman negara, buku ini memberikan tumpuan terhadap zaman kegemilangan industri filem tempatan, iaitu antara tahun 1930-an hingga 1960-an. Penulis berusaha untuk mengenal pasti sejauh mana filem Melayu memaparkan budaya dan sejarah negara. Di samping memuatkan pelbagai persoalan budaya dan sejarah, aspek bahasa juga merupakan elemen ketara yang termuat dalam filem-filem tersebut. Persoalan budaya yang dibicarakan meliputi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi.
UUM Press
2014-02-16
9789670474700
Humor & Entertainment Arts & Photography
epub
File Size 11,019.39 KB
Bahasa Melayu
RM 37.10
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.