Zeolit: Struktur, Sintesis, Pencirian dan Aplikasi by Ng Eng Poh ( Author )
, Wong Ka Lun ( Author )
Zeolit merupakan salah satu bahan yang amat penting dalam industri. Antara kegunaannya adalah sebagai mangkin dalam peretakan bermangkin terbendalir bagi menghasilkan sebahagian besar petrol dunia, serta pecahan penting propilena untuk industri polimer. Zeolit juga banyak digunakan sebagai bahan penjerap dalam pengeringan, penulenan dan pengasingan di samping sebagai penukar ion dalam industri fabrik. Namun demikian, sains zeolit kurang terdedah kepada mahasiswa-mahasiswi jurusan sains dan kejuruteraan di Malaysia disebabkan bahan rujukan yang berkaitan biasanya hanya terdapat dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, penerbitan buku ini bertujuan untuk membincangkan ilmu asas yang berkaitan dengan zeolit, seperti struktur dan pembinaan zeolit, klasifikasi dan penamaan zeolit, sintesis dan penghabulran zeolit, serta pencirian dan aplikasi zeolit. Selain itu, analog-analog zeolit dan aplikasinya juga turut dibincangkan. Diharapkan buku ini dapat merangsang lebih ramai penyelidik dan ahli sains muda untuk menceburi diri dalam bidang penyelidikan zeolit yang akan membawa manfaat kepada masyarakat dan negara.
Penerbit USM
2023-06-04
9789674616977
Engineering & Transportation Science & Math
epub
File Size 5,111.62 KB
Bahasa Melayu
RM 20.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.