Moonlight, Is You by Nulna ( Author )
Aisha Afnan, sangat teruja untuk berkahwin dengan cinta hatinya. Namun atas permintaan mummy, Aisha setuju untuk bertemu Irfan di sebuah kafe. Pertemuan itu menemukan dia dengan Thaqif. “Excuse me, aku nak lalu ni. Kalau ya pun nak termenung, balik rumahlah.” ~ Thaqif Tinggi lampai, rambut panjang melebihi paras bahu, menutupi keseluruhan dahinya dan menutup sebelah matanya. Ni kalau tengok dari belakang, mesti orang ingat perempuan. Jeans jangan cakaplah, koyak di kedua-dua lututnya sehingga menampakkan lututnya itu. Alahai, mamat ni dah macam rocker. Hipster sangatlah tu? Aisha tidak sukakan lelaki serabut! Namun tidak disangka, setiap harinya dia akan bertemu si Thaqif itu. “Kau kenal dia?” ~ Thaqif “Kawan baik aku dan Lily. Cantik tak dia?” ~ Aisha “Kau ada ke kawan yang cantik?” ~ Thaqif “Cantik tu subjektif. Depends pada pandangan seseorang. Bagi aku, semua orang cantik termasuklah kawan-kawan aku.” ~ Aisha “Oh, a’ah, betullah tu. Cantik tu subjektif. Dan bagi pendapat aku, kawan-kawan kau semua biasa-biasa saja. Apatah lagi kau.” ~ Thaqif Ya, memang menyakitkan hati apabila bersama Thaqif. Mujurlah ada encik kekasih yang sentiasa menyenangkan hatinya. Namun suratan takdir telah menentukan, pautan kasih terlerai. Aisha membawa diri ke luar negara. Namun dalam diam, si jejaka dingin lagi serabut menyimpan sebuah rasa di jiwa. Rasa yang dipendam sahaja kerana dia tahu, Aisha masih mencintai kekasih lama. Dalam cinta tersirat sebuah duka, dalam bahagia masih ada yang merana. Adik angkat Thaqif melamar Thaqif sebagai suami! Kerana terhutang budi juga asbab pujukan Aisha yang dicintainya, Thaqif menerima Hani sebagai isteri. Pernah dikecewakan oleh kekasih pertama, kini cinta kedua yang baru hendak disulam bahagia sudah menjadi hak milik kekal insan lain. Adakah cinta bukan miliknya? Adakah dia akan terus bersendirian dalam kegelapan, hanya bertemankan cahaya bulan? Masih adakah lagi jejaka yang sudi menjadi moonlight dalam hidupnya?
KASEH ARIES PUBLICATION
2022-10-31
97862922035992
Literature & Fiction Romance
eBook
epub
File Size 794.87 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.