UNDANG - UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA by Siti Zubaidah Ismail ( Author )
Kesalahan jenayah syariah di Malaysia telah mengalami pelbagai cabaran dan pentafsiran sejak 40 tahun kewujudan dalam enakmennya yang tersendiri. Buku ini meliputi perbincangan tentang kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan elemen-elemennya berdasarkan kategori yang diperuntukkan di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Ia membabitkan kategori kesalahan terhadap akidah, kesalahan terhadap kesucian Islam dan institusi agama, kesalahan berkaitan tatasusila dan kesalahan pelbagai. Turut dibincangkan ialah kesalahan-kesalahan yang terdapat di bawah enakmen lain seperti kesalahan berkaitan perkahwinan dan akad nikah yang termaktub di bawah Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Buku ini turut dimuatkan dengan kesalahan berkaitan pengembangan agama bukan Islam dalam kalangan orang yang beragama Islam. Satu bab khusus juga diperuntukkan bagi menghuraikan tentang perbuatan pertukaran agama dan penentuan status agama di negara ini. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dr Siti Zubaidah Ismail berkepakaran dalam bidang undang-undang jenayah syariah dan aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang keadilan jenayah, perundangan jenayah syariah dan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di negara-negara Islam
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2017-07-17
978-983-100-885-0
Law Islamic and Al-Quran
Islamic
Hardcopy
1 KG
256
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.