Travelog Kembara 22 Negara - Suhaizad San
by
Suhaizad San
( Author )
Buku ini adalah hasil daripada pengembaraan saya yang bermula sebagai catatan dalam blog peribadi, kini diolah semula dalam bentuk buku untuk dikongsikan dengan pembaca. Setiap langkah perjalanan ini adalah buah tangan hasil perancangan sendiri, mengamalkan konsep"Do It Yourself" (DIY) tanpa bergantung pada agensi pelancongan atau pihak ketiga. Ada kalanya saya mengembara sendirian, ada juga bersama sahabat-sahabat. Dalam buku ini, saya bercerita tentang pengalaman melintasi tiga benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika, menjelajah 22 negara dan menjejaki lebih 50 destinasi. Sepanjang pengembaraan ini, saya menggunakan pelbagai jenis sewa, teksi, hingga berjalan kaki. Saya tidak percaya saya telah mengembara sejauh ini dan mengembara telah menjadi suatu minat yang mendalam dalam hidup saya. Setiap langkah dalam perjalanan ini bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah pencarian jiwa, sebuah usaha untuk memperkaya diri serta memahami dunia ini dengan cara yang lebih bermakna. Pengalaman-pengalaman yang saya temui sepanjang perjalanan ini telah membuka mata saya kepada kepelbagaian budaya, tradisi dan cara hidup yang berbeza, memberi saya kesempatan untuk melihat dunia dari sudut yang lebih luas. Mengembara adalah proses menemukan diri dan dalam setiap pemgembaraan, saya semakin menyedari bahawa setiap pengalaman adalah sebahagian daripada perjalanan hidup dan mengingatkan saya betapa luasnya dunia ini dan betapa indahnya kehidupan yang ada di sekeliling kita.
"Mengembara bukan hanya sekadar melihat, tetapi lebih memahami kehidupan yang berbeza, membuka mata kepada keindahan yang tidak terlihat dan merenungi keajaiban ciptaan Tuhan. Aku ingin mengembara seribu tahun lagi, kerana dalam setiap langkah, aku menemukan diriku yang baharu."