Penyelidikan Kuantitatif dan Analisis Data SPSS Lanjutan (UUM) by Fauzi Hussin ( Author )
Kebanyakan pelajar siswazah dan pascasiswazah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta perlu menyiapkan kertas projek, disertasi atau tesis masing-masing bagi memenuhi syarat bergraduat. Pegawai penyelidik yang bekerja dipelbagai sektor awam dan swasta juga perlu menyiapkan projek penyelidikan masing-masing sepertimana kehendak organisasi mereka. Kesemua aktiviti penyelidikan yang dibuat oleh pelajar di peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah mahupun pegawai penyelidik memerlukan suatu panduan lengkap untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan supaya mencapai piawai yang telah ditetapkan. Buku Penyelidikan Kuantitatif dan Analisis Data SPSS Lanjutan ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh semua pelajar dan para penyelidik berkenaan. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi memahami kaedah untuk menganalisis data menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) kerana buku ini membincangkan secara terperinci cara-cara untuk menganalisis data dan mentafsirkan output daripada data tersebut. Analisis statistik yang dibincangkan dalam buku ini diharapkan dapat membantu para pembaca menyiapkan tugasan masing-masing dalam tempoh masa yang ditetapkan.
UUM Press
2025-01-01
9786294911437
Education & Teaching
Hardcopy
2 KG
242
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.