Mencintaimu Bidadariku Raisha Hanani by Wararapunzel ( Author )
BLURB: Dendam dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. “Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebelum kesakitan yang kakak aku tanggung sepanjang tiga tahun ni terbayar. Semuanya masih belum terlunas. Takkan terlunas selagi kau... tak mengandungkan benih aku dalam rahim kau.” ~ Raykal “Sha tak nak sekat kebahagiaan suami Sha. Sha harap abang gembira bila Sha tak ada di sisi abang nanti. Sha harap abang dapat kepuasan hati abang sebab apa yang Kak Aira tanggung dulu... Sha akan tanggung sama.” ~ Raisha Setelah lima tahun berlalu, RAISHA HANANI kembali ke pangkuan suaminya dengan tujuan menuntut penceraian, tetapi IMAN RAYKAL berusaha untuk menakluki semula sekeping hati itu. “Cukup lima tahun abang bagi ruang Sha jauh daripada abang, abang nakkan isteri abang semula.” ~ Raykal “Abang... Sha nak abang. Sha tak nak berpisah. Sha tak nak berpisah dengan abang...” ~ Raisha Raykal fikir dia sudah berusaha memujuk sekeping hati itu untuk kekal dengannya, namun dia terlupa bahawa ada satu kesakitan besar yang sudah dia calarkan pada sekeping hati si isteri sehingga dia terpaksa melafazkan talak tatkala wanita itu sudah tidak mampu bahagia bersamanya. “Abang janji, abang akan ubat semula luka dalam hati sayang. Abang janji, kita akan bahagia macam mula-mula perkahwinan kita dulu. Abang cagarkan hati dan jiwa abang untuk jaminan hati sayang. Hati kita masih satu, sayang...” ~ Raykal “Lepaskan saya, Iman Raykal. Saya penat… dan awak patut mengalah.” ~ Raisha “Mulai saat ini... abang lepaskan sayang daripada perkahwinan kita.” ~ Raykal Apakah kesakitan yang dimaksudkan? Benarkah perpisahan terjadi? Sudah tiada cintakah antara mereka sehingga perlu bertemu di mahkamah syariah?
Love Novel Publishing
2024-02-15
978-629-7553-24-5
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
544
19 x 12 x 4 CM
8
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.