Kemiskinan di Perkampungan Nelayan Kuala Perlis (UUM) by Siti Hadijah Che Mat ( Author )
Selama ini kebanyakan antara kita menilai seseorang itu miskin dan seseorang yang lain tidak miskin berdasarkan pendapatan yang mereka miliki. Jika seseorang itu mempunyai banyak wang dan banyak harta benda maka kita mengkategorikan mereka sebagai golongan yang berada atau kaya. Kita jarang sekali menyatakan keluarga yang mempunyai anak yang tidak bersekolah sebagai keluarga yang miskin. Kita juga tidak menyatakan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sakit sebagai keluarga yang miskin. Maka adakah dengan menggunakan kaedah pengukuran kemiskinan berdasarkan pendapatan memadai untuk menggambarkan seseorang itu miskin? Persoalan itu terjawab dalam buku ini iaitu melihat kemiskinan bukan sahaja daripada sudut dimensi kewangan tetapi daripada pelbagai dimensi yang lain. Kajian ini menggunakan pendekatan multidimensional poverty indes (MPI) seperti yang dicadangkan oleh Alkire dan Foster (2007) untuk melihat kemiskinan dalam beberapa dimensi yang telah dikenal pasti.
UUM Press
2017-01-01
9789672064053
Business & Money Politics & Social Sciences
Hardcopy
2 KG
65
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.