Pulau Pangkor: Antara Pembangunan dan Kelestarian by Jamilah Mohamad ( Author )
Deklarasi Rio 1992 telah memperluaskan konsep pembangunan mapan dengan mengambil pendekatan yang bersifat holistik meliputi dimensi pembangunan ekonomi, keterlibatan sosial dan kelestarian persekitaran. Kini konsep pembangunan mapan telah diarusperdanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Agenda Pembangunan Mapan 2030 yang telah merangka satu set 17 Matlamat Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals- SDG) untuk dilaksanakan oleh semua negara melalui penubuhan Rangka Kerja Nasional. Pelaksanaan SDG bertujuan untuk mencapai kesejahteraan global dalam jangka panjang melalui penggunaan dan pengurusan sumber ekonomi dan sumber asli secara bijaksana, dan pada masa yang sama, perlu menghormati manusia dan segala bentuk kehidupan. Usaha untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mapan ini tentunya lebih mencabar dalam kes ekosistem pulau kecil. Pulau kecil, seperti Pulau Pangkor yang menjadi tumpuan kajian dalam buku ini, sering menghadapi keterancaman ekonomi kerana bergantung kepada beberapa aktiviti ekonomi asas seperti perikanan dan pelancongan. Walaupun sektor pelancongan berpotensi besar untuk meningkatkan sumber ekonomi pulau, pembangunan pelancongan mesti dijalankan dalam kerangka daya tampung sesebuah pulau. Selain daripada tekanan aktiviti pelancongan, ekosistem pulau juga perlu menampung permintaan penduduk tempatan untuk membina kawasan tempat tinggal dan infrastruktur asas. Semakin ramai penduduk dan semakin rancak aktiviti pembangunannya, maka semakin banyak sumber asli pulau, termasuk kawasan hutan, perlu digunakan. Sifat pembangunan mapan itu berkonsep normatif menjangkau beberapa skala temporal dan spatial, dan mempunyai pelbagai pemegang taruh. Matlamat pembangunan mapan tidak mungkin dicapai tanpa elemen tadbir urus (governance) yang cekap. Tadbir urus pulau ke arah pencapaian pembangunan mapan melibatkan banyak isu yang menyentuh pelbagai aspek ekonomi, sosial, politik dan alam sekitar. Pendekatan multisektoral dan multidisiplin diperlukan untuk memahami isu yang wujud dalam konteks pembangunan sebuah pulau. Buku ini, yang mengandungi 11 bab, mengetengahkan hasil penelitian yang telah dibuat oleh pengkaji di Pusat Kajian UMSERGE dengan dibiayai oleh dana penyelidikan Universiti Malaya. Hasil kajian ini bermanfaat untuk penguasa tempatan, penggubal dasar, komuniti tempatan dan pemegang taruh yang lain yang perlu memahami dinamik isu pembangunan yang wujud di pulau ini. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh penyelidik tempatan dan pelajar institusi pengajian tinggi untuk meneruskan agenda penyelidikan dalam bidang pembangunan mapan.
University of Malaya Press
2017-02-06
978-983-100-922-2
Science & Math
eBook
pdf
File Size 21,338.46 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.