Integriti Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (UUM) by Rezal Rasli ( Author )
, Halimah Abdul Manaf ( Author )
, Muhammad Asyraf Wajdi Zakaria ( Author )
Integriti merupakan asas penting dalam membentuk masyarakat yang berdaya saing, beretika dan bertanggungjawab. Di Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengukuhkan integriti dalam kalangan penjawat awam termasuk penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Pelan Integriti Nasional (PIN) 2003, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019, Strategi Pengukuhan Rasuah Nasional (NACS) 2024 dan kini Strategi Pembudayaan Integriti Malaysia (NIES) 2025-2030. Selain itu, hasrat Perdana Menteri Malaysia ke-10 untuk melihat Malaysia berada dalam kalangan 25 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index-CPI) pada 2033 yang diterbitkan oleh Transparency International telah menjadi fokus utama dalam usaha memperkukuhkan integriti negara. Walau bagaimanapun, cabaran besar masih wujud dalam usaha untuk mengekang gejala rasuah dan mengukuhkan budaya integriti di negara ini. Buku Integriti Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan dihasilkan sebagai garis panduan untuk membantu kerajaan dan pihak berkaitan dalam merangka inisiatif mewujudkan budaya integriti yang komprehensif di Malaysia. Beberapa cadangan tindakan strategik turut dinyatakan di dalam buku ini. Buku ini akan menjadi rujukan utama untuk pembaca menambah pengetahuan dan kemahiran dalam membentuk jati diri pembudayaan integriti yang tinggi dalam kehidupan harian. Begitu juga dengan penjawat awam, kakitangan swasta, pekerja badan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan pihak berkuasa sudah tentu buku ini memberikan pendedahan yang menyeluruh berkaitan elemen integiriti dalam profesional penguatkuasaan. Ia boleh dijadikan garis panduan dalam merangka Pelan Tindakan Dasar Budaya Integriti peringkat negara terutamanya NIES 2025-2030.
UUM Press
2025-01-01
9786294911611
Law Politics & Social Sciences
Hardcopy
2 KG
177
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.