PRAKTIS KERJA SOSIAL GERONTOLOGI by Noralina Omar ( Author )
Profesion kerja sosial yang mengkhususkan kepada gerontologi merupakan suatu cabang praktis dalam perkhidmatan kemanusiaan. Keperluan terhadap perkhidmatan kerja sosial gerontologi di negara ini dijangka semakin meningkat memandangkan pertambahan populasi penduduk yang berusia 60 tahun ke atas. Praktis kerja sosial gerontologi memberi tumpuan untuk membantu warga emas memaksimumkan kedua-dua peluang dan kualiti hidup dalam konteks sistem sosial, keperluan dan hak mereka. Warga emas yang sihat dan sejahtera adalah tonggak kepada masyarakat. Sebaliknya, warga emas yang tidak sejahtera dan menghadapi cabaran hidup seperti kemerosotan tahap kesihatan, kesunyian dan dihimpit kemiskinan boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Maka, perkhidmatan kerja sosial gerontologi diwujudkan bagi memastikan strategi untuk memelihara kesejahteraan warga emas dapat dilaksanakan dengan sistematik. Pekerja sosial pula memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan ini dapat memberi manfaat kepada warga emas dan keluarga serta masyarakat seluruhnya. Maka, buku ini membawakan maklumat yang berguna mengenai aspek sosial penuaan, isu-isu yang berkait dengan penuaan yang dikukuhkan dengan penemuan kajian dalam konteks tempatan, dan keadaan perkhidmatan kerja sosial gerontologi sedia ada di Malaysia. Buku ini juga memberikan idea-idea praktikal dengan menekankan peranan pekerja sosial untuk dijadikan panduan bagi memberikan perkhidmatan yang bersesuaian kepada warga emas.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2024-12-23
978-967-488-367-6
Parenting & Relationships Self-Help Education & Teaching
Topic / Adult Self-Help General Education General
Hardcopy
2 KG
170
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.