Tadbir Urus, Integriti dan Pengurusan Kewangan Masjid (UUM) by Marziana Madah Marzuki ( Editor )
, Wan Zurina Nik Abdul Majid ( Editor )
Sejajar dengan peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan melestarikan peranan masjid, satu inisiatif murni telah dilaksanakan bagi merealisasikan agenda tersebut. Sekalung penghargaan wajar diberikan kepada pihak Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan di atas usaha mengangkat kualiti pengurusan masjid ke satu tahap yang lebih tinggi. Kualiti pengurusan masjid di negeri ini haruslah seiring dengan jolokan nama yang diberi iaitu ‘Negeri Serambi Mekah’. Peranan masjid sebagai satu institusi ibadah sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan sebagai pembina kemajuan ummah. Pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah mengaplikasikan ciri-ciri profesionalisme dalam segenap aspek kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak dalam melaksanakan pengurusan masjid. Modul Tadbir Urus, Integriti dan Pengurusan Kewangan Masjid diperkenalkan bagi membantu pengurusan masjid dalam aspek tadbir urus (governan), integriti dan pengurusan kewangan. Penyediaan manual ini mengambil kira kehendak piawaian penyediaan laporan kewangan serta kemampuan pihak pengurusan masjid dalam menyediakan laporan kewangan dan juga mengikuti panduan daripada tataurus masjid yang dikeluarkan oleh pihak MAIK. Modul ini terdiri daripada empat bahagian, iaitu Tadbir Urus Masjid and integriti, Pengurusan Kewangan Masjid, Pelaporan Kewangan Masjid serta Audit Masjid.
UUM Press
2024-01-01
9786294911499
Religion & Spirituality
Hardcopy
2 KG
86
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.