Pergilah Derita by Aein Dhiyauddin ( Author )
BLURB: “Ya. Saya yang buat dia mengandung. Saya bapak anak dalam kandungan tu.” ~ Thaqif. “Kenapa awak mengaku?” ~ Aleeya Derita Aleeya bermula selepas dia terjaga tanpa seurat benang di chalet penginapannya. Apabila dia disahkan mengandung, mimpi indahnya musnah sekelip mata. Majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung dengan Arif terpaksa dibatalkan, dan yang paling menyedihkan... ibu bapanya meninggal dunia kerana perkara itu. “Kalau Leeya nak kita teruskan rancangan kita untuk berkahwin, abang nak Leeya gugurkan anak tu.” ~ Arif Tidak mahu mengalah dengan desakan tunangnya, Aleeya berpindah. Dia mengenali jirannya yang juga tunangan orang, iaitu Nukman Thaqif. Sangkanya di tempat baharu dia boleh memulakan hidup baharu, namun rahsianya terbongkar. Dia menjadi bahan kejian dan cemuhan jiran-jiran. Pengakuan Thaqif membuat Aleeya terpaksa bernikah dengan lelaki itu. Malangnya, pernikahan mereka ditentang oleh ibu Thaqif, Puan Kalsom. Malah, dia dituduh memberikan ubat guna-guna agar Thaqif mahu dijadikan pak sanggup di samping dipaksa meminta cerai daripada suaminya. “Aleeya sayang... abang tak nak kahwin dengan Lela. Ikut abang gugurkan kandungan tu. Lepas tu kita boleh kahwin.” ~ Arif Dia merasakan jalannya untuk mengecap bahagia menjadi kelam. Ditambah pula dengan kemunculan Arif yang asyik mendesak agar dia menggugurkan kandungan. Dia menjadi lelah. “Saya akan lindungi awak.” ~ Thaqif. “Saya tak nak mak awak anggap awak anak derhaka, sebab tu awak kena ceraikan saya.” ~ Aleeya. Mampukah Aleeya mengecap bahagia yang diimpikannya? Bagaimanakah pula pengakhiran kisah rumah tangga Aleeya dan Thaqif? “Jangan risau. Saya akan pastikan anak tu tak lahir.” “Baik. Aku bagi kau satu peluang. Tapi kalau kau gagal, aku sendiri yang akan ambil tindakan!”
Love Novel Publishing
2023-11-15
978-629-7553-22-1
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
432
19 x 12 x 4 CM
6
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.