ACEH SEJARAH PERJUANGAN MENDAULATKAN NEGARA ISLAM 1873-2005 by Yusra Habib Abdul Ghani, Nordin Hussin ( Author )
Sejarah perjuangan mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh dipenuhi dengan cabaran dan halangan, walaupun kerajaan Islam Aceh telah jelas terbentuk sejak zaman awal moden, namun perubahan politik yang berlaku pada akhir abad ke-18 telah merubahnya. Kajian ini merungkai bagaimana kehadiran kuasa luar, seperti Belanda, Jepun dan penubuhan negara Indonesia telah mencabar dan menghalang kepada penubuhan negara bangsa Aceh. Permasalahan ini bertambah kusut selepas Perang Dunia Kedua, apabila perjuangan mendaulatkan kerajaan Islam Aceh telah berubah dari sebuah gagasan perjuangan untuk menubuhkan kerajaan Aceh yang berdaulat kepada perjuangan menuntut pelaksanaan Syari’at Islam dilaksanakan dalam lingkungan negara Indonesia. Seterusnya pada tahun 1976, perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka telah diteruskan oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan penubuhan sebuah negara Islam. Antara persoalan kajian yang mendasari kajian ini adalah mengapakah kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, bagaimanakah tindak balas Aceh untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam Aceh, bagaimanakah usaha penentangan gerakan Darul Islam Aceh terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan apakah matlamat penubuhan GAM. Bertolak daripada persoalan ini, objektif kajian ini adalah: menganalisis faktor-faktor utama kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, usaha-usaha Aceh untuk mempertahankan kedaulatan Aceh terhadap kuasa luar, penentangan gerakan Darul Islam Aceh (DI-Aceh) terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan matlamat penubuhan GAM serta penubuhan negara Islam Aceh. Hasil kajian mendapati bahawa perjuangan mendaulatkan Aceh menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak tahun 1873-2005 mengalami pasang surut, namun tetap berterusan. Ini merupakan dinamika perjuangan untuk mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh. Akhirnya penemuan kajian ini menyimpulkan bahawa sejarah perjuangan mendaulatkan Aceh sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka dan mendaulatkan daulah Islamiah sepenuhnya, masih jauh dari harapan dan cita-cita pengasasnya. ---------------------------------------- Yusra Habib Abdul Ghani dilahirkan di Kampung Kenawat, Aceh-Tengah adalah sarjana perundangan dan sejarah Aceh. Merupakan seorang penulis bebas berkelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menetap di Copenhagen, Denmark. Beliau kini adalah Director Institute for Ethnics Civilization Research, Copenhagen, Denmark. Memiliki latar belakang pendidikan Undang-undang dari Fakultas Hukum Universiti Muhammadiah Jakarta dan Fakultas Hukum Universiti Indonesia serta berjaya diterima sebagai Asisten Advokad daripada Ikatan Advokad Indonesia. Beliau pernah menjadi pensyarah Undang-undang di Fakultas Hukum Universiti Muhammadiah Jakarta. Selain terlibat sejak awal lagi dalam perjuangan menubuhkan gagasan Aceh merdeka beliau juga adalah Pengasas Institute for Ethnics Civilization Research Denmark serta berkhidmat di Perpustakaan Meninghed Fakulti (Fakulti Kepercayaan) Universiti Aarhus, Denmark. Walaupun kini menetap di Eropah namun hati dan jiwanya masih kental untuk melihat sejarah kegemilangan Aceh berulang kembali dan amat aktif dalam memberikan pandangan mengenai sejarah Aceh di persidangan dalam dan luar negara. Hasil kajiannya telah diterbitkan dalam pelbagai penulisan ilmiah seperti buku dan artikel mengenai sejarah Aceh. Nordin Hussin adalah Profesor dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi di Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Amsterdam dan mengkhusus dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi zaman kolonial dan pascakolonial di Malaysia dan Asia Tenggara. Sebahagian besar hasil karyanya telah diterbitkan dalam bentuk buku dan makalah dalam jurnal pada peringkat dalam negara dan antarabangsa. Hasil tulisan beliau pernah memenangi Hadiah Buku International Convention of Asian Scholars (ICAS) Universiti Leiden, The Netherlands dan Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi kategori Anugerah Buku Terbaik.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2021-02-20
9789674881283
History
History / General
Hardcopy
1 KG
414
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.