Kerana Cinta Bukan Tuah by Syamiha ( Author )
BLURB : “Kenapa dari awal-awal lagi tak pinang Kira terus? Yang ibu pergi pinang budak tu kenapa? Sekarang baru nak tanya?” - Anas “Saya terima lamaran daripada ibu encik dan saya nak encik terima juga.” - Qisya. Aturan keluarga buat Qisya serba salah. Tahu dirinya tidak disukai, namun dia nekad terima demi ibu dan bapanya. Tidak mahu memalitkan arang ke wajah mereka sekali lagi. Anas pula, walaupun hati tak cinta, tapi dia akur juga. Hatinya tetap setia kepada yang telah tiada. Kerana keputusan Qisya itu, impian Kirana untuk berkahwin dengan Anas musnah. Kerana perkahwinan juga, persahabatan yang terjalin antara Qisya dengan Kirana menjadi renggang. “Kau tahu Anas memang tak suka kau, tapi kau masih tetap bertahan.” - Kirana “Berebut kasih dengan orang yang dah mati, itu paling menakutkan. Dengan kau, aku langsung tak kisah. Kita berdua ni sama aje. Dua-dua Anas tak pandang.” - Qisya Apakah yang membuatkan Qisya nekad untuk meneruskan perkahwinan itu? Mampukah Qisya bertahan dan selama manakah Anas terus dingin dan beku, membiarkan Qisya menjeruk hati dalam perkahwinan mereka? Hadirkah bunga-bunga cinta buat mereka berdua dalam ribut yang melanda?
Love Novel Publishing
2025-08-27
978-629-7553-39-9
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
464
19 x 12 x 4 CM
3
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.