KEADILAN RESTORATIF BAGI KANAK-KANAK DI MALAYSIA: PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG DAN KERJA SOSIAL by Jal Zabdi Mohd Yusoff et.al. ( Author )
Buku Keadilan Restoratif bagi Kanak-Kanak di Malaysia: Perspektif Undang-Undang dan Kerja Sosial ini merupakan satu kompilasi kertas kerja Seminar Kebangsaan Mengenai Keadilan Restoratif Bagi Kanak-Kanak Di Malaysia Dari Perspektif Undang-Undang Dan Kerja Sosial 2018. Intipati perbincangan dalam buku ini adalah berkisar kepada pendekatan baharu dalam menangani dan membantu kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang; iaitu pendekatan restoratif, yang dilihat oleh ramai pengamal undang-undang dan kerja sosial sebagai satu pendekatan alternatif yang lebih bersifat humanistik dan berkesan dalam membantu memulihkan tingkah laku kanak-kanak; berbanding dengan sistem keadilan jenayah konvensional sedia ada. Buku ini menggabungkan pemikiran teoritikal daripada para pengamal undang-undang yang melakarkan sistem keadilan restoratif bagi kanak-kanak dengan pemikiran praktikal para pekerja sosial yang menyampaikan program-program pemulihan berasaskan pendekatan restoratif kepada kanak-kanak. Perbincangan dalam buku ini juga tidak terhad kepada pelaksanaan Sistem Keadilan Restoratif di Malaysia sahaja. Perbincangan merangkumi pelaksanaan sistem keadilan restoratif bagi kanak-kanak di negara-negara luar seperti Singapura, Thailand, Britain dan New Zealand. Buku ini juga mengandungi pelbagai cadangan bagi bertindak-balas dengan pelbagai masalah atau cabaran yang dihadapi dalam usaha melaksanakan Sistem Keadilan Restoratif di Malaysia.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2020-11-16
9789674881573
Law
Law General
Hardcopy
1 KG
286
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.