Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS (Edisi Kedua) (UUM) by Mohd Saifoul Zamzuri Noor ( Author )
, Fauzi Hussin ( Author )
, Jamal Ali ( Author )
Buku Kaedah Penyelidikan dan Analisis Data SPSS, Edisi Kedua ini mengandungi 21 bab yang memuatkan tujuh bahagian iaitu konsep asas penyelidikan, langkah-langkah dalam penyelidikan, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penyelidikan, pensampelan, pengumpulan data, analisis data dan penulisan laporan penyelidikan. Terdapat penambahan satu bab baru iaitu Bab 6, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penyelidikan. Terdapat juga penambahan subtajuk analisis statistik iaitu analisis varians (ANOVA) dua hala dan korelasi separa. Tambahan dua analisis statistik tersebut membolehkan penyelidik mempunyai pilihan analisis statistik yang memberi lebih banyak untuk digunakan. Selain itu, penambahbaikan dilakukan kepada setiap bab yang sedia ada, supaya semua bab tersebut lebih seimbang, menjadikan Bilangan Bab telah berubah dari 17 Bab dalam Edisi Pertama kepada 21 Bab dalam Edisi Kedua. Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah ini dijangkakan mendapat tarikan pegguna sepertimana Edisi Pertama yang telah diulang cetak sebanyak enam kali oleh Penerbit UUM. Buku ini juga pernah mendapat anugerah buku terlaris dari Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi memahami perkara-perkara penting dalam proses menyiapkan sesuatu projek penyelidikan dan asas bagaimana penggunaan teknologi AI dalam membantu memudahkan proses penyelidikan. Selain dari itu, analisis data menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dalam buku ini membincangkan secara terperinci langkah-langkah untuk menganalisis data dan bagaimana mentafsirkan output daripada data tersebut. Antara analisis statistik yang dibincangkan dalam buku ini seperti analisis faktor dan kebolehpercayaan instrumen, prosedur ujian-t, analisis varians sehala (ANOVA), analisis kovarians sehala (ANCOVA), analisis korelasi dan regresi, model regresi logistik, dan banyak lagi.
UUM Press
2025-01-01
9786294911864
Education & Teaching Computers & Technology
Hardcopy
2 KG
317
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.