Kutipan dan Agihan Zakat: Peranan, Sumbangan dan Transformasi (UUM) by Syarifah Md Yusof ( Author )
, Azizah Othman ( Author )
, Raziah Md Tahir ( Author )
Buku Kutipan dan Agihan Zakat: Peranan, Sumbangan dan Transformasi merupakan karya suntingan penulisan akademik yang dihasilkan oleh ahli akademik dan pengkaji bidang zakat di seluruh negara. Sebahagian daripada karya ini hasil penyelidikan oleh para penyelidik UUM yang ditaja oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah di bawah Geran Zakat IPIZ – LZNK. Bab-bab dalam buku dapat dibahagikan kepada tiga tema iaitu kutipan dan agihan zakat; peranan dan sumbangan zakat; dan transformasi zakat. Kepelbagaian dan kerencaman isu yang dibahaskan bertujuan menyampaikan maklumat tentang pengurusan zakat dari aspek kutipan dan agihan. Seterusnya buku ini turut membahaskan peranan, sumbangan dan transformasi zakat dalam memberikan impak yang signifikan kepada pihak yang berkaitan. Buku ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pembaca tentang hal-hal berkaitan pengurusan zakat dan isu semasa berkaitan zakat di Malaysia. Semoga usaha yang dicurahkan dalam menerbitkan buku ini diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan sumbangan jariah yang dapat memberatkan timbangan amal pada hari akhirat nanti.
UUM Press
2024-01-01
9786294910836
Islamic and Al-Quran Religion & Spirituality
Hardcopy
2 KG
204
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.