Penakluk Hati Abang Jambang by IsmeAna Nur ( Author )
BLURB : “Setakat handsome tapi muka ketat buat apa. Tu kalau nak tackle awek mesti tak pass. Mesti si awek tu menyampah gila dengan muka ketat dia tu. Kalau aku, nak aje aku lastik muka dia macam lastik burung gagak dulu-dulu tu. Piungg... padu kena setepek!” - Fatehah Iftitah masih ingat kata-kata gadis berbaju pink itu. Kerana itu, demi mendekati gadis yang menakluk hatinya, dia berusaha melatih otot senyumnya agar berfungsi dengan baik. Tatkala si gadis bertanyakan namanya, dengan senang hati dia memberikan jawapan... “Panggil aje Abang Jambang Handsome.” – Iftitah Jawapan itu diberikan dengan pakej killer smilenya. Rupanya mereka terus berjodoh untuk bertemu. Fatehah kemudiannya bekerja di syarikat milik keluarganya Iftitah. “So, lepas ni kita kahwin, boleh?” - Iftitah “Hah? Kahwin?” - Fatehah “Opss... Sorry. Kawan. K-A-W-A-N. Lidah advance sangat nak cakap. Tu yang terbabas. So, boleh tak awak beri saya peluang kedua?”- Iftitah Namun, mereka mula bergelut dengan konflik hati apabila cerita 14 tahun lalu terbongkar. “Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada insan yang menggembirakan dan membahagiakan abang. Mungkin tika ini kita tak dijodohkan bersama. Namun abang masih mengharapkan kita masih diberi peluang itu. Kerana abang pasti, hati Teha masih ada untuk abang.” – Iftitah “Encik tak payah bermimpilah. Untuk pengetahuan encik, hati saya dah tak ada untuk encik. Pada saat saya tahu kenyataan tu, hati saya dah hancur. Saya memang rasa bersyukur sebab tidak berjodoh dengan encik. Jadi, encik tak perlulah nak harapkan apa-apa kerana hati saya takkan berbalik kepada encik. Takkan!” – Fatehah Bagaimanakah pengakhiran kisah mereka? Adakah kekal ternoktah setakat itu, atau sebaliknya?
Love Novel Publishing
2023-04-30
978-967-2467-82-3
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
544
19 x 12 x 4 CM
8
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.