VOL 1 - IRIS NAFEESA : HER SECRET WIFE by Ameera Ameer ( Author )
NUH DAN IRIS, pertemuan pertama mereka tidaklah seindah mana. Dari awal lagi Nuh begitu sinis kerana penampilan Iris yang persis seorang lelaki. Lebih membimbangkan Nuh apabila Iris duduk sebilik dengan kekasih hatinya Elvina. Nak berkawan tu hati-hati. Walau sebilik tapi kalau penampilan pun macam lelaki, baik jangan terlalu rapat sangat. Abang tak suka nanti Vie terikut-ikut dengan benda-benda tak elok – NUH ZULKARNAIN TAPI seorang Iris tak pernah ambil pusing akan kata-kata orang. Dia sudah biasa dicaci maki sejak kecil lagi. Peliknya, walau dia tak pernah peduli akan perihal orang dia tetap terjebak dengan dengki khianat manusia sehingga dia dan Nuh terjerat dalam satu ikatan. Kita akan kahwin tapi aku nak perkara ni dirahsiakan sampailah tiba masa yang sesuai. Aku tak nak kita ada masalah dengan urusan di universiti – NUH ZULKARNAIN Kalau aku mengandung macam mana? – IRIS NAFEESA MEREKA disatukan tanpa majlis yang gilang gemilang dan tanpa pengetahuan orang tua masing-masing. Hanya ada mereka dan dua orang teman rapat sahaja. Sejak disatukan hubungan mereka tak pernah damai. Nuh sering menggunakan kuasa sebagai suami sedang Iris lebih suka mengikut kepala sendiri. Bagi Iris, selagi Nuh masih setia menjunjung cinta pertamanya, dia juga berhak membawa haluan sendiri. Peliknya, walau bibir kata tak suka setiap gerak geri Iris selalu Nuh perhati. Eiiii! Asal salah aku aje sibuk main sentimen suami dan isteri. Dan sekarang sentuh pasal hukum hakam pulak? – IRIS NAFEESA Eh! Betullah tu. Berdosa tahu tak kalau seorang isteri keluar dengan lelaki lain yang bukan mahram? Sudahlah keluar tanpa izin suami! – NUH ZULKARNAIN BENARLAH, sabar seorang isteri itu ada hadnya. Saat dia berada dititik terendah dalam hidupnya, Iris memutuskan untuk berlalu pergi dan mencari bahagia sendiri. Fly high, Iris. Fly high!
AA Idea Publication
2025-08-01
978-629-95561-0-7
Literature & Fiction Romance Romance
eBook
pdf
File Size 2,211.26 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.