Terapi Bermain Kognitif Tingkah Laku: Kemahiran Membuat Keputusan & Resiliensi Kanak-Kanak Pintar by Nor Hamizah Ab Razak ( Author )
, Ku Suhaila Ku Johari ( Author )
, Mohd Izwan Mahmud ( Author )
Kanak-kanak pintar ialah kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Golongan ini memiliki tahap perkembangan dan pertumbuhan kognitif, emosi dan sosial yang berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Kanak-kanak pintar yang dikenali sebagai individu yang mempunyai kebolehan kognitif, daya kreativiti dan komitmen tugas yang tinggi juga didapati sering mengalami isu-isu berkaitan sosial dan emosi. Ini disebabkan oleh faktor seperti ketidakselarasan perkembangan di antara umur akal dan fizikal, sikap kesempurnaan melampau dan ekspektasi yang tinggi daripada masyarakat. Elemen membuat keputusan dan resilien diperlukan dalam usaha untuk kanak-kanak pintar ini berhadapan dengan isu sosial dan emosi. Antara unit yang mampu menyumbang kepada perkembangan psikologi kanak-kanak pintar ialah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pendekatan terapi bermain merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan juga telah dikenal pasti memiliki elemen yang selari dengan ciri unik kanak-kanak ini. Integrasi antara pendekatan terapi bermain Barat dan pendekatan Islam mampu membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik.
Penerbit USIM
2024-06-20
978-629-7534-22-0
Teen & Young Adult Education & Teaching
eBook
epub
File Size 2,268.63 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.