Kembali Merindu
by
Izma Qahiera
( Author )
“Sebulan? No. No. No! Mustahillah. Takkanlah baru sekali ‘cicah’ dah terus jadi?” ~ Firdaus
“Jangan bercakap macam budak hingusan, Fir. Kau dah kahwin, kan? Takkanlah kau tak tahu
hal ni?” ~ Ezra
“Betul. Aku memang dah kahwin. Tapi orang rumah aku makan pil perancang. Sebab
itulah kami lambat dapat anak masa mula-mula kahwin dulu. Bila dah betul-betul bersedia
barulah dia berhenti makan pil tu. Aku ingatkan kau tahu hal ni. Kesian. Nama saja kerja di
farmasi. Tapi hal-hal macam ni tak nak ambil tahu. Hehehe!” ~ Firdaus
Ezra begitu bodoh kerana terlalu mempercayai Firdaus hinggakan sanggup menodai
kejujuran insan lain yang menyayanginya seikhlas hati.
“Aku nak jantan tak guna tu bertanggungjawab. Macam mana sekali pun aku takkan jadi
kambing hitam.”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Aku bagi kau tempoh dua minggu selepas kita kahwin. Atau aku
ceraikan kau di depan family kita. Full stop! Dah. Aku tak nak dengar apa-apa lagi.” ~Eizlan
Tiada jalan keluar yang Ezra nampak ketika ini melainkan mengaku kekhilafan yang
telah dia lakukan. Namun kejujurannya telah menyebabkan Ezra kehilangan insan yang telah
melahirkan dia ke dunia ini.
“Abah...”
“Apa? Kau nak balik, kan? Boleh. Tapi balik sebagai anak dan menantu yang mendapat
keredaan dan keampunan mentua dan suami. Abah malu kau tahu tak? Kau fikir abah bangga
bila diberitahu kau dah mengandung? Tidak Ez. Abah malu sangat-sangat. Suara ceria dia
orang tu menyiat-nyiat telinga abah ni, tahu tak? Ikutkan hati yang sakit ni nak sangat abah
cerita perkara yang sebenar. Tapi abah takut kalau-kalau ada yang masuk hospital atau mati
pula bila tahu hal ni. Yalah. Macam kes ibu kau dulu. Ingat lagi tak?” ~ Haji Bakar
Eizlan masih menyisihkan Ezra walau sudah menjalinkan ikatan yang sah. Abahnya pula
meletakkan syarat demi sebuah kemaafan atas dosa yang telah dilakukan suatu masa dahulu.
Kandungannya yang semakin sarat membuatkan Ezra semakin gundah. Mampukah dia
meraih kasih yang telah hilang dan mengembalikan semarak cinta mereka untuk KEMBALI
MERINDU?