Masjid Zahir Satu Abad di Nusantara 1915 - 2015 (UUM) by Mohd Shariff Abu Samah ( Author )
Kedatangan Islam ke negeri Kedah bermula sejak abad ke-10. Selain sebagai negeri yang kuat dengan pengaruh Islam, Kedah juga mempunyai masjid yang menarik dari segi seni binanya iaitu Masjid Zahir. Struktur dan perlambangan dalam falsafah seni bina Masjid Zahir merupakan lambang kepada seni bina masjid di negeri Kedah yang terserlah keindahan dan keunikannya. Masjid Zahir yang tersergam indah terletak di kawasan ‘Heritage’ Bandaraya Alor Setar yang persekitarannya diiringi dengan bangunan seperti Istana Pelamin tempat persemayaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Balai Besar, Bangunan Galeri DiRaja (asal Mahkamah Tinggi), Balai Nobat, Bangunan Jam Besar dan Galeri Balai Seni yang dibangunkan lebih kurang sezaman dengan Masjid Negeri. Pembinaan Masjid Zahir adalah atas daya usaha Tunku Mahmud Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Presiden Majlis Negeri (State Council ), iaitu adinda Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
UUM Press
2016-01-01
9789670876795
History
Hardcopy
2 KG
126
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.