MY DEAR MISS UNPREDICTABLE by AIFA BATRISYA ( Author )
Dia, Nea Fidelya anak kawan baik Umi merangkap jiran depan balkoni bilik aku. Keperibadiannya aku kagumi dalam diam. Ironinya di sini Nea memilih Haq, abang sulung aku berbanding diri aku sendiri sebagai tunangannya. Dan saat plan pertunangan tak menjadi, Nea buat keputusan untuk terus menetap di luar negara. Berita terakhir aku dengar dia pun bakal kahwin dengan pilihan hati sendiri. “Awak buat apa dekat sini Nea? Bukan patutnya awak dekat sana? Bersiap-siap untuk majlis?” “Anggap je awak tak nampak saya ya! Bye and have a nice weekend bro!” Dia ‘bro’ kan aku, macam tu saja. Alasannya, dia dah lupa nama aku apa. Menyesal aku tegur dia waktu itu bila akhirnya aku langsung terjebak dengan masalah dia yang berkesudahan buat hidup aku langsung berubah 180 darjah. “Nea nak kahwin dengan Zair. Nea tahu, Zair memang sukakan Nea dari dulu. Jadi boleh tak Umi Rin dengan Abi Umar pinang Nea untuk Zair?” Pening bhai! Nea yang dulu aku kagumi berubah menjadi terlalu sukar untuk dijangka. 10 tahun lamanya tak jumpa tiba-tiba nak ajak aku kawin dengan dia? Tak pernah dibuat dek orang! Berkeras untuk lepaskan diri daripada terus terjebak dengan dia yang pernah singgah dalam hati atau rebut saja peluang yang ada. It’s your call, kata Abi.
MUFA AIRA ENTERPRISE
2024-08-30
978-967-18512
Romance
eBook
pdf
File Size 4,832.74 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.