Novel Thriller : YANG TERSEMBUNYI by Khairul Ahmad ( Author )
“ Saya akan berikan nama-nama rakan suspek. Awak ambil keterangan dari mereka. Nampaknya kita terpaksa mennyoal ahli keluarga si mati untuk mendapatkan pengesahan.” Itu saranan dari inspektor Suhana. Detektif Riza terpaku dikerusinya. Dia tahu selepas ini masih banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan untuk membongkar segala misteri tentang pembunuhan itu. Setiap orang yang disyaki harus disoal selidik. Dan yang paling penting dia harus berwaspada dan teliti. “ Baiklah puan, saya akan ambil keterangan dari setiap mereka,” ada senyum berbunga dibibir detektif Riza. Nampak kelat dan seperti sengaja dipaksa. “ Deria keenam” tiba-tiba ungkapan itu lahir dari sepasang bibir mungil inspektor Suhana. Detektif Riza segera memandang. “ Maksud puan?” hampir bertaut keningnya. “ Deria ke enam,” lambat-lambat inspektor Suhana mengulangi kata-katanya. “ Macam yang kita tahu ada sesetengah manusia dianugerahkan dengan deria keenam. Detektif tahukan?” tenang inspektor Suhana bersandar dikerusinya. Sepasang matanya masih lagi dipakukan kearah detektif Riza. “ Ya puan. Saya pun pernah dengar benda macam ni,” sahut detektif Riza. Memang ada sebahagian dari manusia diberikan kelebihan itu. Mereka mampu menghidu sesuatu tanpa disedari oleh orang lain. Bukan perkara ganjil pada cuping telinganya apabila mendengar ada sesetengah manusia mampu melihat puaka, jembalang dan sebagainya. Kata orang hijab mereka terbuka. Lantaran kerana itulah mereka mampu melihat semua itu. Sedangkan manusia lain tidak sama sekali. Paling tidak pun kebanyakan manusia sekadar merasa seram sejuk dan bulu roma merinding saja. Berlainan dengan mereka yang memiliki keistimewaan ini. Pandangan mata mereka menjangkaui dari pandangan manusia biasa. “ Tapi..... kalau kes orang boleh dengar suara hati orang lain, yang ini pertama kali baru saya dengar, puan,” adu detektif Riza dengan riak sangsi. “ Saya pun,” inspektor Suhana menyengih. “ Munasabah ke?” telaga mata mereka bertaut lagi. Keadaan jeda sebentar. Masing-masing mencari titik logikanya. “ Munasabah atau tidak kita kena pastikan puan,” ujar detektif Riza tidak lama kemudian. Memang itulah yang difikirkan oleh inspektor Suhana. “ Tak apalah detektif. Detektif boleh mulakan kerja sekarang. Saya akan terus soal siasat suspek untuk dapatkan kebenaran ceritanya,” sela wanita itu dengan wajah berkerut. Kisah yang diperdengarkan oleh Aniza tadi masih berlegar-legar didalam tempurung fikiran inspektor Suhana. Dia merasakan memang ada sesuatu yang tersembunyik disebalik cerita ini. Pertama dia harus memastikan yang Aniza tidak berbohong. Andai benar gadis berusia lapan belas tahun itu berkata benar, dia harus membongkar kenapa Maisarah maut ditangan sahabatnya sendiri. Pasti ada yang tidak kena. Kali ini dia merasakan kes yang ditanganinya ini bersifat ganjil. Namun menarik. Persoalan mengapa Aniza tegar membunuh Maisarah harus dicungkil sedapat mungkin.
KARYA PUBLIKA
2019-02-07
978-967-17244-9-1
Literature & Fiction Mystery, Thriller & Suspense Teen & Young Adult
Hardcopy
2 KG
300
4 x 15 x 21 CM
28
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.