Kesan Jangka Panjang Madu Koktel Berbanding Madu Tualang Terhadap Parameter Kardiovaskular Wanita Pascamenopaus by Siti Zubaidah Ab Wahab, Nik Hazlina Nik Hussain, Rahimah Zakaria ( Author )
Sejak puluhan tahun yang lalu, wanita-wanita di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia lebih gemar memilih rawatan alternatif dalam merawat gejala menopaus mereka. Maka, tidak hairanlah berlaku lambakan pelbagai jenis produk industri nutraseutikal dalam pasaran yang menyasarkan wanita pascamenopaus. Kebanyakan produk tersebut tidak ditentusahkan tahap keselamatan dan keberkesanannya. Justeru, penulis dan pasukan penyelidik telah mengambil langkah proaktif untuk menentusahkan tahap keberkesanan dan keselamatan secara saintifik ke atas produk yang popular dalam kalangan wanita pascamenopaus di Malaysia, iaitu madu tualang dan madu koktel. Madu koktel merupakan kombinasi madu tualang, jeli raja dan roti lebah. Satu kajian klinikal rabun dwipihak terawak tentang kesan suplementasi 20 g/hari madu koktel berbanding madu tualang selama 12 bulan terhadap parameter kardiovaskular wanita pascamenopaus telah dijalankan. Parameter kardiovaskular yang diukur meliputi bacaan tekanan darah, aras gula puasa, profil lipid puasa, ukuran antopometri dan tekanan oksidatif. Buku ini menepati aspek karya saintifik yang padat dan mantap. Buku ini juga sangat sesuai sebagai rujukan bagi penyelidik, pengamal perubatan serta pelajar perubatan, farmasi, sains kesihatan, kejururawatan, ekonomi kesihatan dan pemakanan pada peringkat prasiswazah, siswazah dan pascasiswazah
Penerbit USM
2025-07-18
9789674617967
Medical Books
eBook
epub
File Size 1,074.82 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.