SEJARAH MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA by Azharudin Mohamed Dali ( Author )
Buku ini merupakan satu usaha untuk memaparkan sejarah masyarakat India di Malaysia. Sebagai satu daripada kumpulan utama dalam masyarakat di Malaysia, orang India mempunyai jaluran sejarah yang panjang dan cukup unik dalam konteks perkembangan negara ini. Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak banyak kajian diberikan kepada masyarakat ini yang terdiri daripada berbagai kelompok seperti masyarakat Tamil yang menjadi kelompok dominan dalam masyarakat India di Malaysia, mahupun kumpulan-kumpulan lain seperti masyarakat Sikh, Ceti, Chettiar dan India Muslim. Buku ini akan memberikan perhatian bukan sahaja mengenai asal-usul kedatangan masyarakat India, namun lebih penting lagi berbagai rupabentuk transformasi ekonomi, sosial dan politik yang berlaku kepada masyarakat ini sejak sekurang-kurangnya abad ke-19 hingga abad ke-20. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan untuk pelajar di pusat pengajian tinggi yang mengikuti kursus mengenai masyarakat Malaysia, pembentukan negara mahupun sejarah masyarakat minoriti. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk kegunaan golongan guru dan pendidik, pelajar-pelajar sekolah yang mengikuti pelajaran sejarah serta peminat sejarah Malaysia.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2018-08-18
978-983-100-535-4
History
History / General
Hardcopy
1 KG
292
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.