Remedi Buat Emmaline by Emmiyya ( Author )
Emmaline Raziq, seorang pereka fesyen yang baru bertatih dan bertapak di dalam industri fesyen. Namun belum sempat dia melebarkan sayapnya, ada pula yang telah mematahkannya tanpa rasa simpati. Melihat hasil karyanya diciplak oleh syarikat ternama buat dia jatuh terduduk. Selama ini dia berimpian untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di Malaysia, kini semuanya musnah. Lalu dia pergi untuk mencari remedi. Merawat hati yang terluka dan trauma. Namun, ketika sedang diuji, Tuhan hadirkan dia seorang lelaki bernama Ezraq Eusoff, seorang JAGA villa yang ‘cool’ untuk menyantuninya ketika berada di Villa Dusun. “Ez, saya rasa daripada jadi seorang penyelamat, harini awak naik pangkat jadi kaunselor saya,” - Emmaline “Kenapa tak minta jadi suami terus?” – Ezraq Satu demi satu rahsia mula terbongkar, dahulunya pengarang jantung kini bertukar menjadi pengkhianat. Dia nekad. Kali ini dia mahu pergi membawa hati yang lara. Kerana baginya, percaya dan menyayangi itu adalah satu perkara yang menyakitkan dalam hidupnya.
KASEH ARIES PUBLICATION
2023-11-30
9786297509259
Literature & Fiction Romance
eBook
epub
File Size 799.59 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.