PLANET MENURUT AL-QURAN DAN ASTRONOMI MODEN by Khairussaadah Wahid et al. ( Author )
Buku ini merupakan usaha untuk mengupas istilah al-kawkab dan al-kawakib yang terdapat dalam kitab suci al-Quran menurut pandangan mufasirin (ahli tafsir) dan astronomi moden. Terdapat lima ayat al-Quran yang diterjemahkan sebagai bintang oleh kebanyakan penterjemah mashaf al-Quran. Jarang sekali kedua-dua istilah ini diterjemahkan sebagai planet. Adakah terjemahan bintang bagi kedua-dua istilah tersebut adalah tepat? Justeru, sisi pandang buku ini dilakukan melalui dua disiplin ilmu iaitu ilmu wahyu dan sains bagi menjelaskan persoalan ini. Perbincangan dalam tulisan ini akan menyentuh tentang maksud sebenar lafaz al-kawkab dan al-kawakib berdasarkan pandangan mufasirin. Seterusnya, klasifikasi planet dalam sistem suria oleh ahli astronomi akan diulas secara tuntas dalam bab yang khusus. Kemudiannya, analisis dijalankan terhadap pandangan mufasirin dan astronomi moden bagi melihat hubung kait antara keduaduanya. Hasil perbahasan dua disiplin ilmu ini akan merungkaikan terjemahan yang lebih tepat pada masa kini bagi istilah al-kawkab dan al-kawakib dalam al-Quran.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2018-08-18
978-967-488-011-8
Islamic and Al-Quran
Islam / General Science & Nature / Astronomy
Hardcopy
1 KG
132
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.