ENCIK JIRAN SEBELAH by AUTHOR LYS ( Author )
PERTEMUAN pertama Najla dengan Fawwaz tidak seperti orang lain. Tiada senyuman manis dan sapaan mesra. Apa tidaknya, kali pertama bertemu sahaja sudah huru hara. Najla dengan mulut murainya manakala Fawwaz dengan ego melangitnya. “Hoi, guna lesen terbang ke apa?” – NAJLA “Apa hoi… hoi? Bukan main cantik lagi Bahasa! Kau ni kan, kalau nak main basikal lajak, pergi main dekat padang sana. Bukan merempit atas jalan raya! Menyusahkan orang aje!”– FAWWAZ NAJLA sangka pertemuan itu akan habis di situ sahaja tetapi tidak! Ia menjadi titik permulaan untuk dia berperang mulut dengan lelaki yang berhati kering dan tiada perasaan itu. “Inilah penyewa baru yang abah cakap semalam.” - ENCIK HALIM OH TIDAK! Najla terngadah. Mereka akan berjiran? Ahhh! Najla rasa dunianya gelap gelita. Memang malang betul nasib dia bila terpaksa bertemu dengan mamat mulut puaka itu setiap hari. Dan sejak itu, pantang bertemu, mereka pasti akan bercakaran. Peliknya, walau selalu tak sebulu tetapi Fawwaz sentiasa ada dan menjadi penyelamat saat dia berdepan dengan masalah. “Wo, wo, wo... Apa ni bro, nak naik tangan dekat perempuan? Tak gentleman langsung!” – FAWWAZ NAMUN, siapa tahu di sebalik kehidupan Najla yang ceria, ada yang menyimpan dendam kepadanya. Sehinggalah, berlakunya tragedi yang mengubah hidup Najla sehingga dia kemurungan dan depresi. “Kenapa nak kahwin dengan aku?” – NAJLA “Sebab aku nak jaga kau!” – FAWWAZ “Tapi aku dah tak sempurna.” – NAJLA “Biar tak sempurna di mata orang lain tapi sempurna di mata aku.” – FAWWAZ SATU keputusan telah mengubah mereka berdua. Sangkanya, mereka dapat hidup dengan bahagia. Tetapi, masih ada sisa hasad dengki manusia yang semakin memporak perandakan jiwa yang sedia goyah dan hampir rebah.
AA Idea Publication
2025-08-01
978-629-95561-5-2
Literature & Fiction Romance Romance
eBook
pdf
File Size 1,706.47 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.