VAKSIN DAN VAKSINASI KANAK-KANAK - PERSPEKTIF HUKUM ISLAM by Tengku Fatimah Azzahri Tenku Md Fauzi et al. ( Author )
Isu vaksin dan vaksinasi sering kali menimbulkan polemik dalam masyarakat sama ada oleh kumpulan yang menyokong, atau yang menolaknya. Biasanya “topi agama” dijadikan sandaran yang kuat dalam menolak pengambilan vaksin dan usaha vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak. Golongan ini berhujah bahawa vaksin dihasilkan daripada sumber yang najis dan haram, mengutamakan perubatan alternatif, holistik dan mengambil “makanan sunnah”, menolak perubahan ciptaan Allah, di samping aktif menguar-uarkan teori konspirasi yang melibatkan trilogi syarikat farmaseutikal-Yahudi–dajal. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, kumpulan antivaksin turut giat mempromosikan dakyah mereka dalam jaringan media sosial. Hasilnya, pandangan mereka berjaya mempengaruhi kelompok yang masih ragu-ragu terhadap vaksin dan dampaknya telah mengakibatkan peningkatan penyakit cegahan vaksin dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, buku ini adalah sebagai satu usaha untuk membalas hujah kumpulan antivaksin agar usaha vaksinasi oleh pihak kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanak dapat diminimumkan, serta ekosistem kesihatan awam negara dapat diperkasakan.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2021-09-21
9789674881856
Health, Fitness & Dieting Islamic and Al-Quran
Vaccinations Islam / General
Hardcopy
1 KG
114
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.