USUL AL-FIQH by Muhammad Ikhlas Roseli ( Author )
Perbincangan hukum Islam atau fiqh adalah sangat penting terutamanya dalam menyelesaikan isu semasa. Selain itu, fiqh menjadi suatu ilmu yang wajib dipelajari oleh keseluruhan masyarakat Islam, khususnya melibatkan rukun-rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji. Dalam perbincangan fiqh, terdapat ilmu yang menjadi dasar dan asas utamanya iaitu ilmu usul al-fiqh. Usul al-fiqh adalah satu ilmu yang menjadi panduan mujtahid untuk mengistinbatkan hukum-hukum syarak yang praktikal daripada dalil-dalilnya yang bersifat tafsili. Buku ini mendedahkan penjelasan mengenai usul al-fiqh yang menyeluruh sebagai panduan asas dalam memahami ilmu fiqh atau ilmu syariah umumnya. Perbincangan yang terkandung dalam buku ini meliputi konsep usul al-fiqh, dalil-dalil syarak, teori hukum, kaedah penafsiran nas, ta’arud dan tarjih, ijtihad dan taqlid. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh penuntut ilmu atau pelajar dalam bidang Syariah dari pelbagai peringkat secara khusus dan masyarakat awam secara amnya.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2021-06-17
9789674881788
Islamic and Al-Quran
Islam / General
Hardcopy
1 KG
166
13 x 3 x 23 CM
19
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.