Modul Teori Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT): Aplikasi Kes Wanita Bermadu (UUM) by Nur Hikmah Mubarak Ali ( Author )
, Nadiyah Elias ( Author )
, Mariny Abdul Ghani ( Author )
, Norazlina Zakaria ( Author )
Modul merupakan sebuah unit pengajaran dan pembelajaran bertujuan memudahkan individu belajar secara bersendirian supaya dapat menguasai sesuatu unit pembelajaran dengan mudah dan tepat. Modul juga merupakan satu panduan yang mengandungi objektif, langkah-langkah, prosedur dan matlamat yang perlu dicapai oleh klien. Modul yang dibina dalam kajian ini iaitu modul yang menggunakan pendekatan gabungan Teori Kognitif Tingkah Laku dan Kaunseling Islam serta pembinaan modul berasaskan proses kaunseling kelompok. Modul Teori Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT) merupakan modul bimbingan pembentukan diri bagi membantu masalah pemikiran yang salah serta bercanggah dengan norma masyarakat dan acuan Islam. Modul ini membantu klien mengenal pasti corak pemikiran diri dan memahami pemikiran salah yang boleh mendatangkan masalah dalam mencorakkan tingkah laku positif. Modul ini juga membantu klien agar berusaha membuang corak pemikiran salah dalam diri. Proses ini seterusnya diikuti dengan usaha penyingkiran sifat-sifat mazmumah (pemikiran yang negatif) dengan melakukan tindakan yang positif dengan mengembangkan sifat-sifat mahmudah (pemikiran positif) yang diredai oleh Allah swt. Modul ini secara khusus memberi contoh kes aplikasi yang melibatkan wanita bermadu yang mempunyai pemikiran yang tidak sihat yang tidak dapat bertingkah laku secara baik. Namun begitu, dengan sedikit pengubahsuaian modul ini boleh digunakan dalam kelompok lain seperti remaja, pelajar sekolah dan sebagainya.
UUM Press
2024-01-01
9786294911130
Education & Teaching
Hardcopy
2 KG
113
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.