Novel Seram : CERMIN PUAKA Psychomanteum | Penerbit: Karya Publika by Del Osmera ( Author )
Synopsis Razmeen meneruskan langkah setelah memastikan semuanya okey. Dia mengeluarkan alat perakam suara dan mula berkomunikasi dengan sesuatu yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. “Aku tau kau ada. Boleh kau buat apa-apa bunyi?” tanya Razmeen. Dia menutup mulut selama beberapa saat sebelum mengajukan soalan yang kedua. “Kau bekas pesakit mental di sini bukan?” Hanya kesepian malam yang berdesir di telinga Razmeen dan Taufiq. Dia memainkan rakaman dan tiada apa-apa yang berjaya dirakam. Mereka membuat keputusan untuk masuk lebih jauh ke dalam ruangan itu. “Fiq, sini,” panggil Razmeen sambil menghalakan telunjuknya ke salah satu katil yang terletak di situ. Taufiq pantas menghalakan lensa kamera ke katil yang dimaksudkan. Ada kesan darah yang telah mengering di tilam. “Tolong buat apa-apa bunyi kalau kau ada kat sini.” Razmeen kembali berkomunikasi. “Ada…” Kedengaran suara perempuan berbisik berjaya dirakam. Taufiq dan Razmeen tersengih. Berjaya! “Kau siapa?” Razmeen menyoal lagi dan kemudiannya memainkan rakaman selepas beberapa saat. “Syaitan…” Jawapan itu membuatkan bulu roma mereka berdiri tegak. Razmeen dan Taufiq segera menoleh ke belakang kerana terasa ada sesuatu yang melintasi mereka sebentar tadi. Taufiq juga tidak melihat apa-apa yang aneh dari lensa kameranya.
KARYA PUBLIKA
2020-01-01
978-967-17244-8-4
Literature & Fiction Mystery, Thriller & Suspense Teen & Young Adult
Hardcopy
2 KG
370
4 x 15 x 21 CM
17
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.