Teori dan Praktis Perhubungan Perusahaan di Malaysia (UUM)
by
Zulkifli Daud
( Author )
,
Isa Mansor
( Author )
Bidang perhubungan perusahaan merangkumi hubungan antara majikan danpekerja yang dikawal selia oleh badan kerajaan khususnya Mahkamah Perusahaandan Kementerian Sumber Manusia melalui agensi-agensinya seperti JabatanPerhubungan Perusahaan, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Hal Ehwal KesatuanSekerja. Ia memainkan peranan penting dalam dinamik pekerjaan hari ini keranahubungan harmoni penting untuk produktiviti organisasi dan kecekapan operasi.Aspek penting dalam perhubungan perusahaan termasuk kaedah penyelesaianpertikaian, perundingan kolektif, kontrak pekerjaan, dasar disiplin, pertindihan kerjadan penamatan kontrak.
Perhubungan perusahaan yang efektif mempengaruhi aspek sosioekonomi,merangkumi pendekatan lebih luas terhadap hubungan pekerjaan, dasar pengurusan sumber manusia, rangka undang-undang dan komposisi pemain utama dalam bidang ini. Strategi organisasi dalam bidang ini penting kerana pengurus sering menghadapi konflik dengan pekerja atau kesatuan sekerja yang boleh mengganggu aktiviti pengurusan strategik.
Trend terkini menekankan cabaran melibatkan pekerja dalam proses membuat keputusan, yang sebanding dengan merangka strategi perniagaan. Pengurusan perhubungan perusahaan yang efisien dapat mengurangkan konflik pekerja, membina persekitaran kerja yang harmoni untuk meningkatkan keberkesanan operasi dan produktiviti. Dalam konteks liberalisasi ekonomi, perkembangan pasaran buruh menekankan kepentingan mengurangkan konflik majikan-pekerja. Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) yang memperjuangkan “decent work” telah menekankan kebebasan pekerja, keadilan, keselamatan kerja dan maruah manusia. Majikan digalakkan memastikan keadilan dalam kontrak pekerjaan, kematangan dalam pengurusan pekerja, pengurusan perhubungan perusahaan yang proaktif dan penyelesaian konflik yang efektif untuk mengekalkan operasi organisasi.Secara ringkasnya, perhubungan perusahaan yang efektif adalah penting untuk meningkatkan produktiviti organisasi, mengurangkan pertikaian buruh, meningkatkan moral pekerja dan meminimumkan pembaziran sumber. Ia memastikan hasil yang lebih tinggi, kos yang lebih rendah, keuntungan yang lebih tinggi dan penggunaan sumber yang lebih efisien dengan dipandu oleh sistem, peraturan dan prosedur yang melindungi kepentingan pekerja dan majikan serta mengurus tingkah laku pekerja dengan berkesan.