Asas Terapi Bermain dalam Kaunseling (UUM) by Mohd Azrin Mohd Nasir ( Author )
, Rusli Busu ( Author )
Dalam memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada masyarakat, seorang kaunselor perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kefahaman serta modaliti yang dapat membantu individu yang bermasalah. Terapi bermain ialah satu pendekatan kreatif yang berpotensi menjadi kaedah terbaik untuk membantu individu yang bermasalah terhadap golongan kanak-kanak, malah boleh digunakan oleh golongan dewasa juga. Pendekatan terapi ini berfokus kepada keseronokan, imaginasi dan pesekitaran yang selamat semasa menyelesaikan permasalahan klien. Buku ini memberi pendedahan awal mengenai kefahaman pelaksanaan, prosedur dan penggunaan teori kaunseling dalam tingkah laku bermain klien. Pendekatan terapi bermain dalam kaunseling juga dipercayai dapat membantu pengamal-pengamal kaunseling dan profesional perbantuan yang lain dalam mempelbagaikan kaedah pertolongan, seterusnya membentuk kecekapan pengendalian sesi kaunseling. Buku ini istimewa kerana mempunyai bab-bab yang disusun untuk membentuk kefahaman dan kesinambungan antara kandungan setiap bab kepada pembaca. Oleh itu, buku ini sangat sesuai sebagai rujukan dan bacaan umum kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi jurusan psikologi, kaunseling dan pengajian sosial. Buku ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah, bakal-bakal guru, para profesion pertolongan seperti pekerja sosial dan kaunselor, para pegawai di agensi kerajaan dan swasta, penyelia rumah perlindungan, serta mereka yang berhubung secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan aktiviti perbantuan dan pertolongan.
UUM Press
2025-01-01
9786294911680
Parenting & Relationships
Hardcopy
2 KG
176
25 x 2 x 16 CM
5
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.