PENGURUSAN INSTITUSI PERNIAGAAN DAN KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA by Mohd Rizal Muwazir ,Fadillah Mansor ( Author )
Institusi perniagaan dan kewangan Islam pada mulanya ditubuhkan untuk memenuhi keperluan asas masyarakat Islam. Antaranya adalah institusi perbankan dan kewangan Islam, syarikat takaful, industri makanan halal, perhotelan mesra Muslim dan sebagainya. Keperluan dan kehendak yang semakin kompleks dan rencam mewujudkan kepelbagaian bentuk permintaan daripada 1.3 bilion masyarakat Muslim kini. Perkembangan teknologi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, kedudukan ekonomi yang lebih stabil, pengaruh media sosial tanpa sempadan dan percambahan kreativiti serta inovasi tanpa had dalam masyarakat Islam menyaksikan pertumbuhan institusi-institusi perniagaan dan kewangan Islam dalam kadar yang lebih pesat. Perniagaan Islam, sebagai sebuah entiti korporat, memerlukan polisi dan amalan pengurusan yang lebih baik, lebih cekap dan lebih dipercayai oleh bukan sahaja masyarakat Muslim, tetapi juga masyarakat bukan Muslim. Sehubungan itu, buku ini mengupas isu-isu pengurusan dalam institusi perniagaan dan kewangan Islam khususnya di Malaysia dengan meneliti teori dan amalan semasa sistem pengurusannya. Kejayaan institusi-institusi ini bergantung kepada cara pengurusan cekap dan berkesan berlandaskan panduan yang telah ditetapkan oleh Syariah Islamiah. Buku ini merupakan hasil pemerhatian dan kajian ilmiah para sarjana pelbagai latar belakang dalam bidang pengurusan muamalat.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2021-12-09
9789674881986
Islamic and Al-Quran
Islamic Banking & Finance Economics / General
Hardcopy
1 KG
191
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.